Sudah lama aku tidak minum kopi
Pahit.
Tapi hari ini, aku perlu minum
Hari ini aku berjaga hingga pagi.
Aku mahu lalui kegelapan yang aku takuti dengan mata yang celik
Aku patut tahu,
Dalam gelap ada hantu
Kalau aku takut hantu,
Hantu takkan lari dengan hanya aku tidur
Dia ada,
Dan sampai masanya aku perlu tidak tidur
Perlu lihat dia.
Jangan tidur, mata
Hari ini kau berdua kena lihat ketakutan kau.
No comments:
Post a Comment